Advertising
Malaysia Open: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Nur Izzuddin & Sze Fei
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Malaysia Open 2024.

Regu lelaki yang menduduki ranking keempat dunia itu mengatasi rakan senegara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei dalam aksi pusingan kedua kejohanan hari ini.

Ad

Pertemuan hari ini dinantikan ramai penyokong di Axiata Arena kerana salah satu daripada dua regu ini bakal membawa cabaran Malaysia ke suku akhir.

Ad

Dari segi rekod pertemuan, rekod memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan empat kemenangan daripada enam pertemuan sebelum ini. Ini termasuk kemenangan ke atas Izzuddin-Sze Fei dalam Kejohanan Badminton Dunia 2023.

Set pertama menyaksikan persaingan sengit diberi oleh kedua-dua regu. Bagaimanapun, kesilapan mudah yang dilakukan Izzuddin-Sze Fei memberi ruang kepada Aaron-Wooi Yik mendahului pada kedudukan 16-11.

Ad

Izzuddin-Sze Fei yang menduduki ranking ke-26 dunia terus memberi tentangan kepada bekas juara dunia beregu lelaki 2022 itu. Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik mengungguli set pertama dengan keputusan 21-15.

Ad

Set kedua menyaksikan kedua-dua regu pada awalnya terikat pada kedudukan 3-3. Aaron-Wooi Yik kemudiannya mendahului pada 11-8 selepas beberapa kesilapan dilakukan oleh Izzuddin-Sze Fei.

Ad

Juara Denmark Open 2023 itu mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan keputusan 21-16.

Aaron-Wooi Yik seterusnya bakal berdepan juara dunia beregu lelaki edisi 2023 dari Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kang Min-hyuk di pentas suku akhir esok.