Beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Malaysia Open 2026.
Aaron-Wooi Yik mara dengan menewaskan wakil Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi dan Presley Smith di pusingan pertama.
Beregu lelaki nombor dua dunia itu berharap dapat menjadi wakil beregu lelaki kelima Malaysia mara ke pusingan seterusnya.
Aaron-Wooi Yik berharap dapat melebarkan rekod tanpa kalah ke atas Zhi Yi-Smith kepada dua perlawanan. Ini kerana wakil Amerika Syarikat itu turut tumpas dalam Malaysia Open tahun lalu.
Set pertama menyaksikan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Zhi Yi-Smith membuka ruang buat Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan 21-11.
Set kedua menyaksikan wakil Amerika Syarikat itu cuba memberi tentangan kepada juara Asia 2025 itu.
Pada satu ketika, Zhi Yi-Smith mendahului pada kedudukan 19-16. Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar sebelum meraih kemenangan 21-19.
Mereka kini akan menentang sama ada wakil China, Chen Xu Jun-Liu Yang atau wakil Chinese Taipei, Liu Kuang Heng-Yang Po Han di pusingan kedua.