Malaysia Open: Juara Dunia Leburkan Impian Separuh Akhir Aaron Chia & Wooi Yik
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Hasrat beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke separuh akhir Malaysia Open 2024 tidak kesampaian hari ini.

Ini selepas kemaraan mereka disekat juara dunia beregu lelaki 2023 dari Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kang Min-hyuk di peringkat suku akhir.

Pertemuan ini dinantikan ramai peminat badminton bukan saja kerana status kedua-dua regu sebagai juara dunia acara beregu lelaki.

Advertisements

Malah, mereka hanya dipisahkan satu anak tangga dari segi ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF). Aaron-Wooi Yik menduduki tangga ketiga dunia dengan Seung-jae-Min-hyuk di tangga keempat.

Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu memiliki rekod seimbang dengan masing-masing memiliki satu kemenangan. Aaron-Wooi Yik ingin melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas regu Korea Selatan itu selepas berjaya mengatasi mereka di China Open 2023.

Set pertama menyaksikan penonton di Axiata Arena terhibur dengan permainan sengit yang ditampilkan kedua-dua regu.

Advertisements

Bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan Seung-jae-Min-hyuk di jaring membuka ruang kepada Aaron-Wooi Yik mendahului pada kedudukan 11-9.

Kelebihan itu terus dimanfaatkan juara Denmark Open 2023 itu untuk memenangi set pertama dengan keputusan 21-16.

Set kedua menyaksikan beberapa kesilapan yang dilakukan Aaron-Wooi Yik membenarkan Seung-jae-Min-hyuk mendahului pada kedudukan 16-11.

Advertisements

Meskipun cuba diberi tentangan oleh regu lelaki negara, regu Korea Selatan memastikan set kedua milik mereka dengan keputusan 21-18. Ini menyaksikan perlawanan diheret ke set ketiga.

Set ketiga menyaksikan persaingan sengit kedua-dua regu dengan mereka hanya dipisahkan satu mata pada kedudukan 11-10.

Bagaimanapun, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Aaron-Wooi Yik membenarkan Seung-jae-Min-hyuk meraih kemenangan dengan keputusan 21-13.

Advertisements

Mereka bakal turun menentang regu nombor dua dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas separuh akhir esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram