Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia membuka pentas Malaysia Open 2026 dengan langkah kiri selepas tumpas kepada Ayush Shetty seawal pusingan pertama pada Selasa.
Selepas berehat lama akibat kecederaan, Lee Zii Jia kembali ke gelanggang di Malaysia Open namun permulaan yang tak diinginkan jaguh negara itu apabila tersingkir pada pusingan pertama.
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemain dan kemenangan Ayush Shetty pada pusingan awal Malaysia Open ini dicatatkan sebagai kemenangan sulung pemain ini.
Permulaan sengit dipamerkan Zii Jia serta Shetty di awal set pertama sebelum pemain dari India itu meningkatkan tempo permainan dan menguti mata demi mata untuk menang 21-12.
Kebangkitan cuba dilakar oleh Zii Jia pada permainan di set yang kedua dengan berjaya memberi saingan untuk Shetty sebelum akhirnya terpaksa akur kecundang dalam masa 39 minit.
Aksi di gelanggang pertama berakhir dengan kemenangan 21-12, 21-17 memihak Ayush Shetty ke atas Lee Zii Jia.