UltraSukan
Badminton Thai Today
Advertisements

Beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa berpuas hati setelah tumpas Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam suku akhir Petronas Malaysia Open 2024.

Advertisements

Permulaan yang agresif dipamerkan kedua-dua pasangan dengan aksi berbalas serangan menjadikan kedudukan mata tidak jauh ketinggalan.

Di pertengahan set pertama, Hoki-Kobayashi mula meningkatkan tempo permainan mereka sekaligus memaksa beregu negara melakukan kesilapan-kesilapan kecil.

Advertisements

Akhirnya beregu negara terpaksa akur tumpas di set pertama kepada pasangan Jepun tersebut dengan keputusan 15-21.

Set kedua menyaksikan pasangan negara terus ditekan dengan corak permainan pantas lawan sehingga ketinggalan 4-11 di pertengahan set.

Advertisements

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang kini berada di ranking ke-12 dunia terus merencana serangan namun segalanya serba tidak menjadi buat mereka memaksa set kedua berakhir dengan kekalahan 9-21.

Dengan kemenangan ini, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi berjaya memastikan tiket ke separuh akhir menjadi milik mereka kembali setelah kecewa pada edisi lalu.

Manakala Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan kembali bangkit berjuang di India Open yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram