Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai akur tewas di separuh akhir Malaysia Open 2025 selepas kalah Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Setelah cemerlang menewaskan beregu China di suku akhir, Soon Huat-Shevon bakal bertemu Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand sebelum layak ke final.
Ini merupakan pertemuan ketiga buat Soon Huat-Shevon dan Puavaranukroh-Paewsampran dengan kali kedua-dua beregu masing-masing mencatatkan satu kemenangan sebelum ini.
Sepertu diramal, aksi berlangsung sengit dengan serangan bertali arus dirancang sambil corak bertahan yang menarik sepanjang awal permainan sebelum Soon Huat-Shevon Lai mendahului.
Pasangan lawan dari Thailand ini berusaha mengejar mata namun kesilapan demi kesilapan berjaya digunakan dengan baik oleh Soon Huat-Shevon untuk menang di set pertama.
Bersambung di set kedua, Puavaranokroh-Paewsampran tampil lebih menyerang dan berjaya mengutip 9 mata tanpa henti untuk jauh meninggalkan Soon Huat-Shevon di awal aksi.
Momentum itu digunakan sebaik mungkin oleh pasangan Thailand itu dengan menyerang bertubi-tubi tatkala Soon Huat-Shevon tampak bersedia untuk beraksi di set ketiga.
Di set penentuan, permainan berlangsung sengit sekali lagi dengan regu Thailand ini kembali memimpin aksi sebelum akhirnya muncul pemenang dan mara ke perlawanan akhir.
Di final, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran akan berdepan pemenang di antara Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.