Malaysia Pertaruh 20 Pemain Terbaik Ke Thomas Cup & Uber Cup
UltraSukan
BA Malaysia

Kontinjen Malaysia mempertaruhkan 20 pemain bagi menghadapi saingan Thomas Cup dan Uber Cup.

Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai 20 pemain untuk dua kejohanan tersebut.

Lee Zii Jia menjadi sebahagian daripada pilihan empat perseorangan lelaki negara untuk Thomas Cup. Selain beliau, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh turut tersenarai.

Tiga beregu lelaki negara yang menduduki kelompok 10 terbaik dunia turut disenaraikan dalam kontinjen kali ini.

Tiga regu tersebut ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Malaysia mempertaruhkan Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Zulaikha Azmi untuk perseorangan wanita Uber Cup.

Beregu wanita nombor dua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah mengetuai cabaran beregu wanita. Turut tersenarai ialah Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Nuraqilah Maisarah.