Malaysia ‘Tapau’ Rekod 5 Pertemuan Terakhir Vs Bangladesh
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia tampak menguasai penuh 5 rekod perlawanan menentang Bangladesh bagi aksi persahabatan dan kelayakan Piala Dunia & Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu negara tersebut adalah pada 14 Jun 2022 di TM Stadium Nasional bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023.

Bagi rekod, perlawanan pertama adalah pada tahun 1997 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Bangladesh dengan keputusan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Selepas itu, pasukan Malaysia bertembung semula dengan negara itu dalam perlawanan timbal balik dengan menyaksikan Harimau Malaya memenangi aksi 1-0 di Jeddah.

Berselang 15 tahun, Harimau Malaya kembali bertemu skuad kebangsaan Bangladesh setelah kian lama di Stadium Shah Alam bagi aksi persahabatan pada 20 November. Perlawanan tersebut mencatatkan keputusan seri 1-1 bagi kedua-dua pasukan.

Pada tahun 2015, Malaysia menentang pasukan Bangladesh kembali bagi perlawanan persahabatan yang menyaksikan aksi kekal tamat dengan keputusan seri.

Perlawanan terakhir antara Malaysia dan Bangladesh dimenangi oleh pasukan Harimau Malaya dengan keputusan 4-1 pada 14 Jun 2022 bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023.

Aksi tersebut menyaksikan Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok menjadi peledak gol. Sementara itu, pemain Bangladesh, Mohammad Ibrahim mendapat jaringan saguhati buat skuad tersebut.

Malaysia bakal menghadapi semula cabaran pasukan julukan Harimau Bengal pada 25 September ini bagi aksi pertama Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno pada Jumaat dan sepak mula dijadualkan pada pukul 5:00 petang waktu Malaysia.