Advertising
Mali ‘Titik’ Argentina, Muncul Tempat Ke-3 Piala Dunia B-17
MakanBola
FIFA

Pasukan kebangsaan b-17 Mali mencatat pencapaian memberangsangkan di Piala Dunia apabila membenam cabaran Argentina untuk meraih tempat ke-3.

Keputusan ini dianggap mengejutkan oleh banyak pihak tatkala kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Mali melakukan permulaan baik yang menjadi detik pemisah awal dalam perlawanan ini apabila kapten pasukan, Ibrahim Diarra meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-9 menerusi satu gol cantik.

Ad

Seminit sebelum tamat babak pertama, sepakan percuma Mali sekali lagi memberi kedukaan kepada Argentina apabila hantaran Hamdiou Makalou berjaya ditanduk masuk oleh Mamadou Doumbia.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan kelebihan dua gol milik Mali.

Bersambung babak kedua, anak buah Diego Placente cuba bangkit namun gol ketiga Mali terus menutup hasrat untuk bangkit.

Ad

Serangan balas pantas oleh jentera serangan pasukan kendalian Soumaila Coulibaly membuahkan hasil apabila hantaran cantik Ibrahim Diarra berjaya menemui Makalou sebelum menolak mudah untuk menewaskan Jeremias Floretin.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan untuk memberikan kemenangan berharga buat Mali.

Aksi tamat dengan keputusan 3-0 memihak kepada Mali.