Piala Dunia U17: Jerman Ke Final, Atasi Cabaran Argentina
Piala Dunia
DFB
Advertisements

Jerman bekerja keras sebelum mengatasi cabaran Argentina menerusi penentuan sepakan penalti di pentas separuh akhir Piala Dunia B-17 2023 di Stadium Manahan hari ini.

Selepas menyingkirkan juara bertahan Brazil di pentas suku akhir, ubi muda Albiceleste mahu mara ke final dan mengulangi pencapaian skuad senior mereka di Piala Dunia 2022.

Sementara Jerman mahu mengulangi pencapaian layak ke final edisi 1985. Edisi tersebut menyaksikan mereka yang ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat tewas kepada juara kejohanan, Nigeria.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan permainan rancak ditampilkan kedua-dua pasukan. Jerman terlebih dahulu di hadapan menerusi Paris Brunner pada minit kesembilan.

Penjaring terbanyak Argentina, Agustin Ruberto memastikan Albiceleste mendahului 2-1 sehingga rehat separuh masa.

Beliau menyumbat gol pada minit ke-36 dan 45. Ini meletakkan Ruberto sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia B-17 2023 dengan tujuh gol.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, jurulatih Argentina, Diego Placente membuat beberapa pertukaran bagi menambah ketajaman jentera serangan mereka.

Namun begitu, perancangan Placente langsung tidak menjadi. Sebaliknya, Brunner kembali menyamakan kedudukan untuk Jerman pada minit ke-58.

Penyerang Hoffenheim, Max Moerstedt kemudiannya meletakkan Jerman di hadapan pada minit ke-69. Gol tersebut merobek keyakinan anak-anak buah Placente.

Advertisements

Dan Argentina bernasib baik gol pemain tengah, Fayssal Harchaoui pada minit ke-79 tidak dikira oleh pengadil kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Albiceleste berusaha mencari gol penyamaan. Akhirnya, gol yang dicari muncul menerusi Ruberto pada minit akhir perlawanan sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, cita-cita Argentina musnah apabila Jerman memenangi penentuan sepakan penalti. Menariknya, Brunner menyumbat penalti kemenangan Jerman itu.

Advertisements

Kini, mereka perlu menunggu sama ada Perancis atau Mali sebagai lawan mereka di pentas final. Aksi separuh akhir Perancis-Mali bakal berlangsung pada malam ini.

Walaupun tewas, Sofascore mengiktiraf kesungguhan Ruberto dengan memilihnya sebagai pemain terbaik perlawanan. Penyerang Albiceleste itu mendapat markah 9.3 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram