Advertising
Manuel Hidalgo Berpotensi Sarung Jersi Harimau Malaya
MakanBola
Sri Pahang FC

Pemain sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Perkara ini didedahkan sendiri DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor apabila mengulas perkembangan terkini tentang struktur baru pengurusan skuad kebangsaan.

Ad

Baginda melihat pemain sayap Argentina berusia 25 tahun itu dilihat dapat memberi nilai tambah kepada Harimau Malaya untuk jangka masa panjang.

Ad

“Sistem/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Lebih kompak, menyerang dan bertahan sebagai satu unit. Disiplin adalah kunci, Insya Allah boleh.

“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai langkah jangka pendek selepas melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia. Hidalgo juga untuk jangka masa panjang dan dengan pemain-pemain lain yang ada. Semua pemain JDT sudah bersedia,” katanya di X.

Ad

Sejak tiba di Malaysia pada 2021 daripada skuad Sheffield Wednesday Bawah 21 Tahun (B-21), Hidalgo menjadi aset utama buat dua pasukan iaitu Sri Pahang dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Ini terbukti apabila bekas pemain Triestina itu merekodkan 74 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol. Bakat Hidalgo turut menyebabkan khidmatnya disambar Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Februari 2024 sebelum dipinjamkan kepada skuad Tok Gajah.

Ad

Selain beraksi di bahagian sayap kanan, bekas pemain remaja Benfica itu mampu beraksi di bahagian tengah menyerang jika diperlukan mengikut keperluan taktikal pasukan.