Advertising
Manuel Hidalgo Peka Dengan Perubahan Mendadak Kelantan DN
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC

Pemain sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo mengakui kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan lawan mereka, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Selepas kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pra-musim 2024/25 pada 24 April lalu di Kota Bharu, Sri Pahang dan Kelantan kembali berentap untuk aksi pembukaan liga baru-baru ini.

Ad

Meskipun mendapat sokongan padu penyokong di Stadium Temerloh, skuad Tok Gajah berdepan kesukaran menembusi barisan pertahanan Kijang Emas.

Ad

Corak permainan berdisiplin yang ditampilkan anak buah Park Jae-hong itu akhirnya diatasi menerusi gol cantik Hidalgo pada minit ke-64.

Hidalgo mengakui mutu persembahan pasukan Pantai Timur itu bagus dan ini menyukarkan Sri Pahang sepanjang perlawanan.

Ad

Pada akhirnya, Tok Gajah meraih kemenangan dan itu sesuatu yang bagus untuk pembukaan kempen liga musim ini.

Ad

“Saya fikir mereka bermain dengan bagus. Mereka hampir menunjukkan persembahan sempurna tetapi kita lebih bernasib baik.

Ad

“Kita berjaya mendapat tiga mata dan itu sesuatu yang penting kerana kita memulakan (kempen liga) dengan bagus,” katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.

Tok Gajah selepas ini akan turun menentang Kuching City FC untuk aksi liga seterusnya pada 19 Mei ini.