Advertising
Manuel Ott Kembali Ke Pangkuan Terengganu?
Transfer
MakanBola
Kedah darul aman

Pemain tengah kelahiran Filipina, Manuel Ott kini dilaporkan bakal kembali bersama pasukan dari pantai timur, Terengganu. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan Manuel Ott menjadi rebutan kelab Liga Super selepas beliau difahamkan akan menamatkan kontraknya bersama Kedah.

Khabar angin ini menjadi tanda tanya apabila pemain tengah berusia 31 tahun itu bayangnya tidak kelihatan bagi sesi pertama latihan skuad Sang Kenari musim ini.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Untuk rekod, Manuel Ott membuat penampilan sebanyak 26 perlawanan dan berjaya menjaringkan 6 gol dan 5 bantuan gol dalam kesemua saingan Liga Malaysia musim 2023.

Ad
Ad

Beliau juga antara tonggak utama pasukan Terengganu pada musim 2022 dibawah kendalian Nafuzi Zain dan berjaya menjadi naib juara Liga Super musim tersebut.

Ad

Pengalaman serta kredibilitinya mengemudi bahagian tengah amat ditagih oleh skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.