Pemain tengah antarabangsa Filipina, Manuel Ott akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga musim ini selepas disahkan kembali menyertai Terengganu FC buat kali ketiga.
Perpindahan Ott ke Terengganu telah diumumkan pihak kelab melalui satu kenyataan yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan.
“Selamat Datang Rumah 𝑴𝒂𝒏𝒖𝒆𝒍 𝑶𝒕𝒕!🏴🏳️,” kata Terengganu FC dalam satu kenyataan di laman X.
Bekas kapten Kedah itu dijangka bakal membentuk gandingan mantap di bahagian tengah Terengganu bersama-sama Akram Mahinan dan arkitek pasukan, Ekhson Pandzhshanbe.
Untuk rekod, Manuel Ott pernah beraksi di Terengganu pada 2022 sebelum berhijrah ke Kedah pada musim 2023 bersama-sama jurulatih, Nafuzi Zain sebelum kembali ke Sang Penyu pada pertengahan musim 2024.
Pada musim lalu, Ott telah beraksi 30 perlawanan bersama Rayong FC di Liga Thailand dengan berjaya meledak satu gol selain turut menyumbang 1 bantuan jaringan.