Marin Pilj: Jiwa Lebih Penting Daripada Saiz Badan
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC dari Croatia, Marin Pilj melihat kesungguhan dan semangat juang lebih penting daripada ketinggian dirinya bila berada di atas padang.

Mengikut data Transfermarkt, pemain tengah berusia 27 tahun itu memiliki ketinggian 1.65 cm. Dengan ketinggian tersebut, ada yang menyangka Pilj berdepan kesukaran menguasai bahagian tengah.

Walau bagaimanapun, bekas pemain NK Osijek itu membuktikan dirinya bukan saja boleh bersaing secara fizikal dengan pemain-pemain lain.

Advertisements

Malah, Pilj membuktikan sentuhan berbisanya di depan gol seperti yang disaksikan Negeri Sembilan FC dalam aksi persahabatan pra-musim 2024/25 yang berlangsung pada 4 April lalu.

Justeru, pemain tengah Croatia itu melihat saiz badan bukan isu untuk membantu Terengganu cemerlang untuk musim 2024/25.

“Saya perlukan masa dan perlawanan agar jelas dengan bola sepak yang ada di sini. Saya tahu saya pendek (tapi) saya juga kuat (untuk membantu pasukan).

Advertisements

“Saya fikir jiwa perkara yang paling penting (daripada) saiz badan yang dilihat tidak penting,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Pilj merupakan sebahagian daripada tiga pemain import baru yang menyertai Terengganu untuk musim 2024/25.

Selain beliau, skuad Peteh turut menyunting khidmat bek tengah Belanda, Matthew Steenvorden dan bekas kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Ott.

Advertisements

Terengganu turut mengekalkan peledak berbisa mereka dari Croatia, Ivan Mamut dan pemain tengah Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov selepas menyerlah pada musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram