“Masa Untuk Cabaran Baharu” – Safawi Rasid
MakanBola
Kuala Lumpur City FC

Safawi Rasid mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Perkara ini dinyatakan pemain sayap Harimau Malaya itu menerusi satu kenyataan di Instagram. Meskipun mengakui sukar untuk meninggalkan pasukan Lembah Klang itu, Safawi melihat sudah tiba masanya untuk beliau mencari cabaran baharu.

“Terima kasih KL City. Setiap penamat menandakan permulaan baru. Bersyukur atas semua memori, pengajaran dan kembara (yang dilalui bersama).

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada pasukan untuk masa akan datang. Masa untuk cabaran baharu,” katanya.

Safawi kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tamat tempoh pinjaman bersama KL City. Sepanjang bersama pasukan itu pada musim lalu, beliau merekodkan 14 gol dan lima bantuan gol dalam 31 penampilan semua kejohanan.

Kini, bekas pemain Terengganu FC itu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan naib juara Liga Super musim lalu, Kuching City FC. Khabar sama turut dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Selain Safawi, beberapa nama yang sinonim dengan Liga Malaysia (Liga M) juga dikaitkan dengan perpindahan pasukan yang dibimbing Aidil Sharin Sahak itu. Antaranya Declan Lambert, Ajdin Mujagic dan Park Jun-heong.