Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberi respon terhadap situasi semasa pasukan.
Pengendali muda itu menyaksikan skuad bimbingannya berjaya mencuri satu mata di laman sendiri berdepan Sri Pahang.
Beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada pemain Sang Kenari yang masih berjuang bermati-matian di atas padang.
Nafuzi memaklumkan bahawa beliau hanya memiliki masa 4 hari untuk mempersiapkan pasukan sebelum menentang skuad Tok Gajah susulan pemain tidak hadir ke latihan.
“Pemain menunjukkan sikap profesional yang amat tinggi, pemain sangat sayangkan Kedah. Atas sebab itulah, mungkin pemain merasa kasihan sebab perlawanan menentang KL City pasukan berdepan kesusahan.
“Walaupun pemain berbelah bahagi tanpa penuh kerelaan, persembahan pemain malam ini amat baik. Walaupun belum selesai apa-apa, pemain masih sanggup bermain,” jelaa Nafuzi Zain.
Beliau juga memahami keluh kesah pemain yang sanggup bermain sungguhpun terpalit dengan pelbagai masalah di luar padang.
“Saya amat berbangga dengan aksi pemain kerana dengan 1001 permasalahan yang dihadapi tanpa penyelesaian lagi, pemain masih sanggup beraksi untuk membantu pasukan.
“Kami perlukan sokongan daripada para penyokong, untuk menyalahkan pemain dalam keadaan begini saya merasa amat simpati,” katanya.
Kedah kini menghuni tangga ke-10 dengan 9 mata manakala Sri Pahang di tangga ke-6 dengan 11 mata selepas 10 perlawanan.