Masatada Ishii: Kita Mahu Tunjukkan Potensi Thailand
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek
Advertisements

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii melihat aksi persahabatan menentang Jepun pada 1 Januari 2024 sebagai medan terbaik memperlihatkan potensi Thailand.

Perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Nasional Jepun, Tokyo itu merupakan perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih Thailand selepas menggantikan jurulatih sebelumnya, Mano Polking.

Advertisements

Lantas, perlawanan tersebut dilihat peluang buat Ishii menilai barisan pemain yang ada sebelum mengumumkan skuad penuh ke Piala Asia 2023.

Biarpun Samurai Biru menurunkan skuad kedua, pasukan itu turut diperkuatkan dengan pemain-pemain berpengalaman seperti Ritsu Doan, Takumi Minamino, Takuma Asano dan Junya Ito.

Advertisements

Ishii mengakui Jepun satu pasukan yang kuat sekaligus menjanjikan ujian getir buat barisan pemain Gajah Perang.

Advertisements

Namun begitu, pada masa sama, beliau percaya Thailand mampu memberi cabaran kepada pasukan yang menduduki ranking pertama Asia ketika ini.

“”Sudah tentu pasukan kebangsaan Jepun sangat bagus, Ketika ini, ya, saya fikir ini satu pasukan bagus yang boleh bermain dengan mana-mana pasukan terkuat di dunia.

Advertisements

“Tapi kita juga mahu menunjukkan potensi yang dimiliki Thailand,” katanya kepada media seperti yang disiarkan oleh Changsuek.

Advertisements

Thailand diperkuatkan dengan kehadiran tonggak-tonggak berpengalaman seperti kapten, Theerathon Bunmathan, Elias Dolah, Sarach Yooyen dan Kritsada Kaman.

Bagaimanapun, Ishii terpaksa melupakan khidmat penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda. Penyerang BG Pathum United itu terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Thai FA Cup baru-baru ini.

Advertisements

Tempoh pemulihan selama lapan minggu mengakibatkan Teerasil terpaksa melupakan hasrat mewakili Thailand ke Piala Asia 2023.

Selepas perlawanan ini, Thailand akan fokus untuk kempen Piala Asia 2023. Skuad Gajah Perang akan membuka kempen Kumpulan F dengan menentang Kyrgyzstan pada 16 Januari 2024.

Advertisements

News Comments Account