Bakat para pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sering mencuri tumpuan apabila terdapat 4 pemain yang dilihat memiliki kelajuan yang cukup luar biasa bersama pasukan.
Perkongsian yang dilakukan oleh duo berbakat JDT, Matthew Davies dan La’Vere Corbing Ong dalam segmen ‘Who’s most likely’ di JDT TV telah memberikan pendangan mereka mengenai beberapa aspek unik yang tidak diketahui oleh peminat.
Ketika ditanya mengenai pemain paling laju dalam pasukan, kedua-dua pemain ini mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.
Umum mengetahui bahawa para pemain Harimau Selatan memiliki kepantasan yang cukup luar biasa sekaligus meletakkan pasukan pada tahap yang sukar dicapai.
Menurut Corbing, beliau melihat 4 pemain yang berpotensi untuk berada dalam carta pilihannya.
“Arif, Feroz, Mo (Sumareh) dan Matthew (Davies).”
“Saya letakkan kamu (Matt) di situ juga,” ujar Corbing kepada Matthew Davies.
Kepantasan yang dimiliki oleh Arif semenangnya terbukti apabila larian derasnya sukar dikawal oleh pertahanan di Liga Super.
Malah, kecemerlangan aksi pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin juga bertitik tolak daripada ketenangan dan kepantasan beliau untuk mengawal semula keadaan.
Gandingan berbisa Matthew Davies dan Sumareh terutamanya di pentas kebangsaan bersama Malaysia juga dikenang dengan kudrat dan kepantasan dua pemain ini beraksi.