Mbappe Pecah Rekod Piala Dunia Pele
Piala Dunia
Fabrizio Romano
Advertisements

Semalam Perancis layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan Poland 3-1 menerusi dua gol Kylian Mbappe. Dengan dua gol itu juga, penyerang PSG itu telah memecahkan rekod pemain termuda menjaringkan gol Piala Dunia yang dipegang oleh legenda Brazil, Pele.

Selain itu, bekas penyerang AS Monaco itu turut menyamai rekod Lionel Messi dengan menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia. Dengan faktor usia memihak kepadanya (Mbappe berusia 23 tahun), banyak rekod Piala Dunia berpotensi dipecahkan oleh penyerang tersebut.

Ini termasuk mengatasi rekod penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman yang dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose dengan 16 gol. Dengan Giroud turut menempa nama sebagai penjaring gol terbanyak Perancis sepanjang zaman dengan 52 gol semalam, rekod penyerang veteran A.C Milan itu juga boleh dipecahkan dalam beberapa tahun.

Advertisements

Mbappe berpeluang menambah gol dalam perlawanan suku akhir Perancis menentang England. Selain motivasi untuk membawa Les Bleus layak ke separuh akhir, penyerang PSG itu bisa menyamai rekod gol Piala Dunia sepanjang zaman Pele iaitu 12 gol. Ketika ini, Mbappe merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram