Media antarabangsa dari Amerika Syarikat, Bleacer Report (B/R Football) mencadangkan agar jaringan Safawi Rasid dicalonkan ke Anugerah Puskas.
Menerusi satu ciapan ringkas di Twitter, B/R Football memuat naik jaringan Safawi Rasid beserta kapsyen *tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas*.
B/R Football merupakan media bola sepak antarabangsa yang bertapak di San Francisco, Amerika Syarikat dan turut beroperasi di New York dan London.
*adds Malaysia's Safawi Rasid to the Puskas list*
(via @ASTROARENA) pic.twitter.com/EZp4J5UCns— B/R Football (@brfootball) June 14, 2023
Akaun Twitter B/R Football yang memiliki lebih 6.8 juta pengikut memuat naik video jaringan Safawi Rasid dan ianya pantas menerima perhatian dan maklum balas pengikut dari negara lain.
Sebelum ini, pemain kelahiran Kedah, Faiz Subri berjaya memenangi anugerah berkenaan pada tahun 2016 selepas berjaya menerima undian tertinggal selepas berjaya menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma lencong.
Dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa semalam, Malaysia mudah menundukkan Kepulauan Solomon 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Adakah Safawi Rasid akan menjadi rakyat Malaysia ke-2 selepas Faiz Subri memenangi anugerah berkenaan?