Dunia
Advertisements

Faiz Subri pernah menggemparkan seluruh peminat bola sepak dunia pada tahun 2016. Hanya dengan satu sepakan percumanya menyaksikan beliau dianugerahi FIFA Puskas Award 2016.

Sepakan percuma tersebut pada awalnya dilihat biasa namun lencongan kuat ketika bola menghampiri gawang gol mengubah segalanya.

Tiada siapa sangka bola akan melencong ke arah kiri penjaga gol kerana bola tersebut seakan-akan menghala ke arah kanan. Jaringan itu berlaku ketika kemenangan 4-1 Pulau Pinang ke atas Pahang pada 16 Februari 2016.

Advertisements

Pemain kelahiran Kedah ini menjadi pemain pertama Asia memenangi anugerah antarabangsa.

Faiz Subri sememangnya dikenali dengan percubaan berbahaya dari luar kotak penalti dan pakar dalam mengambil sepakan percuma.

Malam Gemilang Faiz Subri

Advertisements

Jaringan beliau kemudian dipilih antara 3 teratas mengalahkan Neymar dan Lionel Messi dan dengan undian 59.46%, beliau dianugerahkan FIFA Puskas Award.

Tingkah laku beliau sebelum berucap yang mencari teks ucapan juga mengundang tawa dan sedikit menghidupkan suasana dewan yang sunyi itu. Mungkin beliau tidak menyangka akan memenangi anugerah berprestij tersebut.

Namun itu adalah satu momen yang mungkin tidak dapat beliau lupakan apabila menerima anugerah dari legenda Brazil, Ronaldo Rozario.

Advertisements
puskas Mengimbau Jaringan Bertaraf Dunia Faiz Subri

Faiz Subri juga berpeluang bertemu bintang bola dunia seperti Cristiano Ronaldo, Manuel Neuer, Sergio Ramos dan Sir Alex Ferugson. Faiz Subri berjaya mengangkat nama Malaysia dan turut berada sebaris dengan nama-nama terkenal pada malam itu.

Malah Cristiano Ronaldo dan beberapa bintang lain sempat mengucapkan tahniah kepadanya diatas kemenangannya.

Perdebatan Netizen

Advertisements

Ketika jaringan tersebut mendapat perhatian ramai, ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gol itu adalah sekadar nasib. Namun sebenarnya Faiz Subri memang memiliki kemahiran melakukan teknik tersebut. Sepakan yang digelar banana kick itu membuatkan bola melencong dengan begitu lengkung.

Selepas jaringan luar biasa itu, beliau pernah beberapa kali mencuba teknik tersebut dan ia tetap melencong sepertimana sepakan percuma beliau yang tular cuma bola itu tidak cukup curving disaat menerpa gawang.

Secara logiknya, teknik tersebut mampu dilakukan berulang kali namun sukar untuk membolehkan bola tersebut memasuki gawang gol kerana ia memerlukan kelajuan dan lencongan yang kuat.

Bukanlah sekadar nasib, namun Faiz Subri sememangnya berada pada kedudukan yang tepat, situasi yang tepat dan trajektori bola yang tepat pada malam tersebut.

Magnus Effect

Lencongan bola Faiz Subri pada malam itu adalah disebabkan magnus effect. Sebenarnya sepakan itu tidaklah melanggar hukum fizik, kata-kata ‘melanggar hukum fizik’ hanyalah metafora pengulas dan penonton untuk mengekspresikan kekaguman mereka terhadap jaringan itu.

Secara ringkasnya, fenomena gerakan lencong pada bola itu telah dikesan H.G Magnus pada 1853. Kesan magnus berlaku apabila objek berbentuk bulat atau silinder yang berputar dikenakan daya pada bahagian sisinya.

Daya itu disebut daya angkat. Daya ini terhasil apabila tekanan yang tinggi menolak objek ke tekanan yang rendah (berdasarkan Prinsip Bernoulli).

Jaringan faiz subri bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak dunia malah ahli fizik turut berminat sehinggakan ada yang membuat kiraan untuk membuktikan bola sepakan Faiz Subri tidak melawan hukum fizik malah sebenarnya itu sebahagian daripada aplikasi fizik.

Penutup

Anugerah tersebut menyaksikan nama Malaysia telah dikenali di peringkat tertinggi arena bola sepak. Walaupun sekadar satu jaringan, namun bagi penulis jaringan itulah yang berjaya mengangkat nama Malaysia.

Faiz Subri pernah beraksi untuk kelab Northern Lions Fc-Mahsa yang berada di Liga M3 selepas dilepaskan Pulau Pinang pada tahun 2018. Kini, beliau dilaporkan menerima tawaran menjadi jurulatih teknikal teqball Hungary.

Jaringan tersebut pasti akan diingati oleh peminat bola sepak tempatan. Jaringan yang digelar ‘melawan hukum fizik’. Jaringan oleh Faiz Subri!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram