Media Antarabangsa Teruja Lihat Gol Hong Wan
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jaringan yang dihasilkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dalam aksi final Piala FA semalam nyata membuka mata ramai pihak. Gol tersebut bukan sahaja menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air malah ianya tular sehingga mendapat perhatian media antarabangsa.

Gol menarik Hong Wan yang dihasilkan pada minit ke-66 itu telah dikongsikan oleh media dari negara Peru. Media tersebut juga mengakui gol yang dihasilkan Hong Wan itu sangat deras seperti sebuah roket.

Untuk rekod, gol hebat dari Hong Wan itu merupakan gol pertama buat pemain berusia 22 tahun itu bersama pasukan JDT selepas menyertai gergasi bola sepak Malaysia itu pada pertengahan musim 2021.

Advertisements

Biarpun jarang diturunkan JDT dalam kesebelasan utama sepanjang musim lalu, namun musim ini pasti akan dikenang Hong Wan apabila beliau kerap diturunkan dalam kesebelasan utama JDT kendalian jurulatih dari Argentina, Esteban Solari.

Khidmat Hong Wan dijangka akan terus digunakan Solari bagi melayan kunjungan Selangor FC untuk saingan Liga Super pada 29 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram