Media Asean Ramal Malaysia Berpotensi Sukarkan Laluan Vietnam
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Bahang pertemuan Malaysia dan Vietnam dalam aksi kedua peringkat kumpulan sudah terasa apabila media-media luar negara mula bercakap mengenai perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan bakal turun dengan misi berbeza apabila Vietnam mahu meraih kemenangan kedua setelah menumbangkan Kuwait tiga hari yang lalu sekaligus menempah tiket ke suku akhir lebih awal.

Manakala skuad muda negara bimbingan Juan Torres Garrido pula pastinya mahu bangkit meraih tiga mata selepas tewas dalam perlawanan pertama kepada naib juara edisi lalu, Uzbekistan pada Rabu.

Advertisements

Menurut wartawan Vietnam, Ngo Duc Tu, negaranya dan Malaysia punyai rekod pertemuan yang menarik dan tidak asing lagi memandangkan sudah banyak kali bertemu kebanyakannya di kejohanan rantau Asia Tenggara.

“Malaysia dan Vietnam punyai banyak persamaan. Kita adalah negara Asia Tenggara. Sasaran kita adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan kita melihat Uzbekistan adalah pencabar terkuat di dalam kumpulan,” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

“Kedua-dua negara bukanlah asing lagi apabila pernah bertemu banyak kali dalam perlawanan sebelum ini dan saya percaya ini akan membuatkan aksi kali ini lebih menarik.”

Advertisements

Tambah Duc Tu lagi, kedua-dua negara yang terdesak mahukan tiga mata bakal membuatkan para peminat tidak senang duduk untuk menantikan perlawa ini dan pastinya bukan jalan yang mudah buat Vietnam meraih tiga mata.

“Ditambah pula, Malaysia yang memerlukan kemenangan bagi mengelakkan tersingkir awal dan Vietnam juga mengintai peluang untuk mara ke suku akhir sekiranya meraih tiga mata. Saya fikir ini bukanlah perlawanan yang mudah buat kami (Vietnam).”

Pada pandangan beliau, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki segera oleh jurulatih pasukan, Hoang Anh Tuan dan sebagai rakyat Vietnam, beliau menjangkakan aksi sengit ini berakhir dengan kemenangan tipis sahaja buat negara beliau.

Advertisements

”Kita mempunyai jurulatih baharu dan beliau tidak mempunyai banyak masa bersama pasukan. Meskipun memenangi aksi pertama (berdepan Kuwait), namun begitu masih banyak kelemahan di dalam perlawanan tersebut,” tambah beliau lagi.

”Sebagai rakyat Vietnam, saya meletakkan kepercayaan penuh kepada skuad muda Vietnam. Walaupun perlawanan ini bukanlah mudah, tetapi saya percaya kami akan memenanginya mungkin dengan keputusan 1-0.”

Pertembungan kedua-kedua jaguh Asia Tenggara ini dijadualkan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu dengan sepakmula jam sembilan malam waktu tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram