Media China Dakwa Dion Cools Hampir Dinaturalisasikan Sebagai Pemain China
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Salah sebuah media China telah melaporkan bahawa pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools pernah cuba dinaturalisasi oleh negara tersebut.

Malaysia turun berdepan China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu dengan harapan besar untuk mencuri mata FIFA.

Anak didik Kim Pan-gon mempamerkan persembahan mengujakan untuk mengikat pasukan ke-80 dunia itu dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Pertahanan negara, Cools cemerlang mengemudi benteng negara sepanjang 90 minit beraksi di atas padang.

Menerusi satu laporan oleh media China, Sports Vision 2050, bekas bintang Club Brugge itu pernah dirisik oleh sebuah kelab di China dengan tawaran hebat.

Advertisements

Cools didakwa pernah berada dalam radar kelab China, Jiangsu Suning menerusi satu pakej naturalisasi.

Pemain berusia 26 tahun itu dikatakan memiliki pertalian darah dengan China melalui ibunya yang berketurunan Hakka.

Advertisements

Orang Hakka difahamkan merupakan suku kaum bangsa Han yang berjumlah sekitar 1.7 Juta di Malaysia yang berasal dari China Utara.

Hasrat tersebut bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila beliau akhirnya mmeilih untuk menyarung jersi Malaysia pada tahun 2021.

Advertisements

Selain Malaysia, Cools juga boleh mewakili Belgium memandangkan beliau merupakan pemain b-23 Belgium namun kekal memilih Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram