Media Eropah Terkesima Lihat Bakat Semula Jadi Bekas Pemain JDT
Asia
Advertisements

Aksi bekas penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz telah mendapat perhatian media bebas terkemuka eropah, 433.

Gelecekan sempurna yang dilakukan pemain Mumbai City itu telah mencuri tumpuan ramai ketika perlawanan di Liga Super India. Pemain yang berasal dari Argentina ini membuat satu nutmeg dan berjaya memperdayakan pertahanan pihak lawan.

Klip pendek yang dimuat naik laman 433 di laman Instagram telah meraih 4.2 juta tontonan. Tindakan bersahaja Diaz mendapat pujian ramai dan hampir 300 ribu pengguna yang menyukai video tersebut.

Advertisements

Pereyra Diaz yang pernah bersama JDT pada 2014-2018 kini sedang menikmati musim indah bersama Mumbai City apabila berjaya mencipta 11 gol dan 7 bantuan gol dalam 18 penampilan dalam saingan Liga India.

Pemain berusia 30 tahun ini juga cemerlang membantu pasukan menjulang trofi Liga Super India baru-baru ini.

Beliau kini sedang mengharungi aksi pra-musim bersama pasukan di bumi Thailand dan dijangka akan terus menjadi ayam tambatan pasukan untuk musim 2023-2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram