Media Indonesia Kaitkan Perpindahan Radja Nainggolan Ke Bhayangkara
MakanBola
Radja Nainggolan
Sponsors

Liga 1 Indonesia didakwa bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas pemain Belgium, Radja Nainggolan.

Ini selepas bekas pemain tengah AS Roma itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga 1 Indonesia, Bhayangkara.

Ad
Sponsors

Khabar angin perpindahan tersebut dikongsikan oleh Indo Transfer menerusi satu ciapan di X beberapa jam sebelumnya.

Ad

Sekiranya khabar ini benar, ia bakal menambah kekuatan kepada pasukan itu di bahagian tengah. Ini kerana beliau berupaya beraksi di beberapa posisi bahagian tengah.

Ad

Selain itu, Nainggolan juga memiliki kualiti sebagai pemimpin – kualiti yang amat diperlukan untuk membawa The Guardians keluar dari zon penyingkiran liga.

Ad

Buat masa ini, masih belum ada pengesahan sama ada perpindahan ini berlaku atau tidak. Nainggolan berstatus ejen bebas selepas dilepaskan kelab Itali, SPAL musim lepas.

Yang pasti, Bhayangkara berbelanja besar dalam tetingkap perpindahan kali ini dengan membawa masuk ramai pemain baru termasuk Junior Brandao dan Witan Sulaeman.

The Guardians turut membawa masuk bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Mario Gomez sebagai jurulatih untuk membantu mereka mendaki kedudukan liga.