Media Perancis Teruja Dengan Perkembangan JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Prestasi memberangsangkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia telah membuka banyak pihak selain mendapat perhatian dunia.

Ini juga telah menyebabkan salah sebuah portal gergasi antarabangsa, France24.com merungkai resipi kejayaan pasukan Harimau Selatan ini.

Media Perancis ini telah memuat naik satu artikel yang bertajuk ‘With royal backing and a Snoop Dogg rap, Malaysia minnows challenge best in Asia’ pada Khamis lalu merungkai titik tolak kepada permulaan era gemilang pasukan yang berpangkalan di Malaysia ini.

Advertisements

Malah, kejayaan gemilang JDT ini juga hasil usaha keras Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang menjadi nadi untuk mengangkat Harimau Selatan sehingga menjadi salah satu kelab terkenal Asia ketika ini.

Dominasi JDT sejak tahun 2014 sehingga berjaya merangkul 8 trofi kejuaraan Liga Super telah pun mengangkat martabat bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Kini, mereka sekali lagi mencipta sejarah yang tersendiri apabil menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya mara ke pusingan kalah mati kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Ogos ini.

Advertisements

Pertemuan menentang juara Asia dua kali, Urawa Red Diamonds sudah pasti menjadi salah satu pencapaian terbaik yang direkodkan oleh kelab dalam usaha untuk mara ke kelompok 8 terbaik.

“Ini adalah tuaian benih yang ditanam 10 tahun lalu dengan usaha keras yang tidak mengenal erti putus asa.”

“Kami pasukan yang sangat kecil berbanding pasukan gergasi Asia yang lain,” kata pengurus dari Mexico itu sambil menambah bahawa semangat yang diterap ke atas pemain JDT menjadikan mereka pesaing yang serius ketika ini.

Advertisements

Usaha Tunku Ismail menerusi rombakan besar dalam organisasi, menaik taraf stadium dan membawa masuk pemain dan kakitangan terbaik dari luar negara kini semakin menampakkan hasil yang tidak terjangkau dek akal untuk sebuah pasukan dari Malaysia mencipta nama di Asia.

Malah, pengendali dari Mexico ini juga memuji  tindakan TMJ yang menitikberatkan segala aspek yang melibatkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Bagi kebanyakan pemilik kelab, keutamaan mereka bukanlah persembahan pasukan tetapi industri dan rangkaian yang boleh mereka wujudkan.”

Advertisements

“Tetapi Tunku Ismail tidak sebegitu, baginda ‘all-in’ dan minat dalam segala-galanya termasuk barangan dagangan, pemain import, pemain tempatan, kakitangan dan juga sesi latihan,” kata Mora dalam temubual tersebut.

Usaha ini termasuklah kolaborasi JDT bersama Snoop Dogg untuk mempersembahkan rap berjudul Pioneers bersama artis hiphop Malaysia, Joe Flizzow.

Ini sekaligus membantu untuk meningkatkan profil mereka dalam menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram