Media Thailand Ramal Tang Jie-Ee Wei Juara All England
UltraSukan
BA Malaysia

Sebuah portal Thailand meramalkan juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei sebagai pilihan juara All England 2026.

Ramalan itu dibuat BadmintonBlahBlah bila membuat ramalan pilihan juara kejohanan dalam semua sektor.

Selain Tang Jie-Ee Wei, portal sama turut memilih beregu India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy sebagai pilihan juara beregu lelaki.

Beregu wanita Jepun, Arisa Igarashi dan Chiharu Shida pula menjadi pilihan untuk acara beregu wanita. Christo Popov dan Chen Yufei pula masing-masing diramal sebagai juara perseorangan lelaki dan wanita.

Tang Jie-Ee Wei berharap dapat menambah koleksi kejuaraan mereka untuk tahun 2026 selepas bergelar juara Indonesia Masters.

Mereka yang juga beregu nombor empat dunia akan membuka cabaran All England dengan menentang wakil Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk di pusingan pertama.