Media Vietnam Perlekeh Kekuatan Malaysia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Media daripada Vietnam, Bongda Plus dikatakan memperlekehkan kekuatan pasukan Malaysia menjelang pertemuan dalam kumpulan bagi saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Menurut salah seorang pundit daripada Bongda Plus, Quang Huy jelas gembira apabila Vietnam berada dalam satu kumpulan bersama Malaysia dan beliau berpendapat  bahawa taktikal Malaysia mudah dibaca oleh jurulatih Vietnam, Park Hang Seo. 

“Saya berasa lebih teruja apabila Vietnam bertemu Malaysia. Selain itu, saya rasa gaya Vietnam agak mudah untuk Vietnam,” kata Quang Huy.

Advertisements

 “Taktik jurulatih Park Hang-seo adalah berdasarkan banyak langkah yang tidak dijangka. Disebabkan ini, Vietnam mudah memerangkap Malaysia.

Dalam pada itu, beliau merasakan bertemu Malaysia lebih baik berbanding pasukan Indonesia. 

Tambahnya, beliau menganggap Indonesia adalah lawan yang ‘degil’ dan sukar. 

Advertisements

“Saya rasa ini kumpulan yang menarik. Vietnam adalah calon yang baik. Sejujurnya, bertemu Malaysia masih lebih menarik daripada pasukan kebangsaan Indonesia,” kata Quang Huy di Bongda Plus yang dipetik dari Bola.com

Pasukan Malaysia berada dalam kumpulan B bersama dengan Vietnam, Singapore, Myanmmar dan Laos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram