Menang Pun Kena Maki, Penyokong Minta Abang Ni Turun Padang & Beraksi
Dunia
ROTP
Advertisements

Tular satu rakaman salah seorang penyokong Ultras Selangor memaki hamun pemain import Selangor dari Singapura, Safuwan Baharudin selepas perlawanan tamat di antara Selangor dan Kedah Darul Aman.

Dalam perlawanan Liga Super terbabit, Selangor menang bergaya 4-1 menewaskan Kedah Darul Aman menerusi jaringan Mukhairi Ajmal, Caion dan Norhakim manakala jaringan tunggal Kedah dihasilkan oleh Fayadh Zulkifli pada masa kecederaan.

Situasi tengang yang berjaya dirakam tersebut turut dimuat naik oleh ROTP dan memperlihatkan gelagat seorang penyokong yang berdiri di tebing dan menjerit-jerit meminta sesuatu daripada pemain.

Advertisements

“Safwan, kau jangan belagak sangat taw!”

“Sebab tu lah kau bolos tiap-tiap perlawanan sebab dalam kepala otak kau macam ni.”

“Kau kalau nak champion, kalau bolos 30 macam musim lepas kepala but**h kau champion

Advertisements

Ini antara perbualan yang berjaya dirakamkan dan Safuwan jelas tidak senang dengan makian tersebut dan seolah-olah tidak berpuas hati.

Sementara itu, rata-rata komen di Facebook tidak bersetuju dengan cara individu tersebut memaki hamun pemain pasukan sendiri.

“Harap Selangor boleh bagi dia main keeper atau defense lepas ni. Tengok berapa bolos dia ada.”

Advertisements

Fan paling sampah pernah aku tengok , dah menang salah kalah pun salah , perut dah la gemok itu kalau di suruh lari satu pusingan padang tu kompom semput”

“bagi abg tu main macam mna .. dia ingat main bola macm main carrom ke boleh susun target xde orang nak rebut .. sedap mulut dia je ckp org kepla butu.. CR7 tu pun yang di kata kan champion tu ada buat silap .. mcm tugas pemilik club je nak kritik macm tu .. bagi dia mainnnn dulu .. nie jenis mesti x pandai main bola ..”

Ini antara komentar yang menarik perhatian orang ramai di ruangan komen video yang dimaut naik oleh ROTP.

Advertisements

Selepas 3 perlawanan Liga SUper, Selangor kini di tangga ke-5 liga dengan 5 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram