Advertising
Meninggal Ketika Beraksi, Dr. Malar Kongsi Cara Bantuan Kecemasan Serangan Jantung
UltraSukan
UltraSukan
Celoteh Dr Malar

Berikutan insiden kematian mengejut pemain muda China di atas gelanggang baru-baru ini, Dr. Malar berkongsi cara agar bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan pantas.

Ahad lalu, dunia badminton dikejutkan dengan pemergian pemain muda dari China, Zhang Zhi Jie yang rebah di atas gelanggang ketika beraksi dalam kejohanan Badminton Asia Junior Championship di Yogyakarta, Indonesia.

Ad

Meskipun menerima rawatan lanjutan di hospital, namun Zhi Jie tidak dapat diselamatkan dan dikhabarkan meninggal dunia di hospital pada jam 11.20 malam waktu Indonesia (12.20 pagi waktu Malaysia).

Ad

Perkhabaran mendukacitakan ini telah mendapat perhatian ramai termasuklah pakar perubatan seperti Dr. Malar yang sebelum ini berkongsi pandangan beliau mengenai punca yang menyebabkan Zhi Jie rebah secara tiba-tiba ketika bermain.

Dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial, Dr. Malar telah berkongsi cara kepada orang ramai untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang mengalami serangan jantung.

Ad

“Kalau mangsa tiada tindak balas, ada dua ayat yang anda boleh jerit iaitu dapatkan bantuan dan yang kedua adalah bawa Automated External Defibrillator (AED), setelah itu anda perlu memulakan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR),” jelas Dr. Malar.

Ad

Dr. Malar turut melakonkan demonstrasi bagi melakukan CPR supaya masyarakat lebih faham mengenai cara yang betul dengan menindihkan dua tapak tangan dan letakkan di atas dada mangsa sebelum dihenjak beberapa kali bagi memberi tekanan.

Ad

”Ambil kedua-dua tapak tangan anda dan letakkan macam ini (tapak tangan kanan di atas tangan kiri) di tengah dada mangsa, terus mulakan CPR dengan menghenjakkan bahu anda ke bawah dan berikan tekanan,” jelas beliau sambil menggayakan aksi tersebut.

”Jangan bengkokkan siku, henjakkan bahu ke bawah dan berikan tekanan sekuat mungkin. Jangan takut dia sakit, mangsa itu tiada nadi (jadi) dia tiada rasa sakit. Jangan juga takut (mangsa) patah tulang rusuk.”

Tambah beliau lagi, proses ini bakal mengambil masa dan memerlukan khidmat orang di sekeliling bagi membantu secara bergilir-gilir melakukannya sehingga bantuan sebenar tiba di lokasi kejadian

”Dalam 2-3 minit selepas membuat CPR, biasanya anda akan penat, jadi pastikan ada orang di sekeliling yang boleh ganti buat CPR ini sehinggalah bantuan daripada pihak profesional dari medik atau ambulans.”

Tonton video penuh Dr. Malar: di sini.