Menyinar Di Georgia, KL City & Kelantan Berminat Dapatkan Taiki Kagayama
Transfer
FC Samgurali
Advertisements

Selepas berkelana di bumi Georgia, bintang Jepun, Taiki Kagayama kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super.

Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan KL City FC dan Kelantan Darul Naim FC berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu.

“Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jepun, Taiki Kagayama. Beliau baru saja tamat kontrak dengan kelab Georgia, FC Samgurali.

Advertisements

“(Selain KL City), Kelantan Darul Naim juga menunjukkan minat (mendapatkan khidmatnya),” katanya di X.

Kagayama bukanlah asing dengan saingan Liga Malaysia (Liga M). Ini kerana beliau pernah beraksi untuk Sabah FC pada musim 2022.

Sepanjang musim 2022, Kagayama merekodkan 30 penampilan untuk skuad Badak dalam semua kejohanan termasuk Liga Super mengikut data Transfermarkt.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram