Mereka Mula Takutkan Malaysia?
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Keputusan beberapa buah negara menolak pelawaan Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka mula takut untuk bertemu skuad negara.

Kemajuan mendadak yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon bermula sejak September lalu selepas berjaya mengikat China dan Syria yang berada dalam kelompok pasukan 100 terbaik dunia.

Aksi di Pestabola Merdeka 2023 telah membuka mata banyak pihak selepas Malaysia melakar kemenangan besar untuk menewaskan India dengan keputusan 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Prestasi memberangsangkan ini berjaya membantu Harimau Malaya untuk melakar dua kemenangan ke atas pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan 6 mata.

Peningkatan skuad negara juga mendapat pujian daripada Jurgen Klinsmann selain beliau teruja untuk berdepan Malaysia dan Pan-gon namun perlu menyelidik kekuatan sebenar pasukan negara terlebih dahulu.

“Undian ini menyebabkan kami (Korea Selatan) menghadapi cabaran pengendali negara ini (Kim Pan-gon).

Advertisements

“Ia sangat istimewa tetapi kami akan menganalisis dan membuat kerja rumah kami untuk menyelidik Malaysia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Terbaru, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini menolak peluang untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Malaysia kerana menjangkakan bahawa skuad negara akan layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Malaysia berjaya memungut tambahan +26.1 mata pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements

Hasrat Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Qatar juga terhalang selepas pasukan itu memilih untuk bertemu Kemboja.

Harimau Malaya kini hanya ada satu aksi persahabatan sebagai persediaan dengan pasukan ke-91 dunia, Syria mengesahkan akan bertemu skuad negara pada 8 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram