Mesir Bakal Jadi Lawan Malaysia September Ini?
MakanBola
Azri/MB & MoSalah
Sponsors

Malaysia dikhabarkan berpeluang bertemu dengan gergasi Timur Tengah, Mesir bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 pada bulan September ini.

Aksi pasukan kebangsaan sering menjadi tumpuan tatkala Malaysia kini melonjak satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-137 dunia.

Ad

Sebagai persediaan ke Piala Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menempuh pelbagai cabaran termasuklah dua kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea baru-baru ini.

Ad

Malaysia bagaimanapun dikaitkan dengan beberapa negara yang dikatakan berpotensi menguji kekuatan sebenar pasukan negara.

Menerusi beberapa laporan, China sudah pun menyatakan kesediaan untuk berdepan skuad kebangsaan tatkala aksi tersebut dijangka berlangsung di tempat lawan.

Ad

Satu lagi pasukan masih lagi menjadi tanda tanya tatkala Taiwan juga dikatakan sedang berunding bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan aksi persahabatan.

Ad

Sementara itu, berdasarkan informasi yang diterima oleh MakanBola menjelaskan bahawa perlawanan bertemu Mesir hampir menjadi kenyataan tatkala pasukan ke-46 dunia itu dikhabarkan bakal menjadi lawan kedua Malaysia.

Ad

Pertembungan ini juga pernah diberi bayangan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly menerusi beberapa ciapan sejak akhir-akhir ini.

Perkara ini juga sudah mula tular diperkatakan di media sosial dengan beberapa akaun terkemuka memberi bayangan bahawa pertembungan ini berpotensi untuk direalisasikan.

Perkara ini bagaimanapun masih belum disahkan oleh pihak FAM dengan perbincangan antara barisan kejurulatihan sudah pasti dilakukan terlebih dahulu.

Tetingkap FIFA seterusnya dijadualkan pada 4–12 September 2023 , 9–17 October 2023, dan 13–21 November 2023 sebelum bermulanya temasya Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun 2024 nanti.



1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] eatball reported, FAM is currently conducting final stage assessments with the Egyptian national team. […]