Mesir & Ghana Terikat, Mo Salah Cedera Teruk
Dunia
FA Egypt
Advertisements

Pasukan gergasi Afrika, Mesir sekali lagi hampa apabila diikat 2-2 dengan Ghana dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023.

Selain terpaksa berpuas hati dengan satu mata, pasukan yang diberi jolokan The Pharaohs itu kini perlu menunggu status terbaru kecergasan ayam tambatan mereka, Mohamed Salah.

Salah terpaksa dikeluarkan pada minit akhir babak pertama selepas mengadu merasa tidak selesa pada bahagian belakang kaki kirinya.

Advertisements

Selepas menerima rawatan di atas padang, beliau berjalan terhincut-hincut kembali ke bangku simpanan sambil menitiskan air mata. Situasi ini membimbangkan bukan saja Mesir tetapi juga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Ghana membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa West Ham United, Muhammad Kudus pada minit akhir babak pertama.

The Pharaohs bangkit pada separuh masa kedua. Omar Marmoush memastikan keputusan terikat 1-1 menerusi gol pada minit ke-69.

Advertisements

Dua minit kemudian, The Black Stars kembali di hadapan menerusi Kudus. Bagaimanapun, Mesir memastikan kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata menerusi Mostafa Mohamed pada minit ke-74.

Keputusan ini menyaksikan Mesir dan Ghana masing-masing di tempat kedua dan ketiga Kumpulan B dengan dua dan satu mata.

Jurulatih The Pharaohs, Rui Vitoria memaklumkan masih terlalu awal untuk menilai tahap kecederaan yang dialami penyerang Liverpool itu.

Advertisements

“Kita tidak tahu lagi apa masalah (kecederaan yang dialami Salah). Saya harap itu bukan masalah besar,” katanya seperti dilaporkan akhbar Daily Mail.

Sekiranya Salah terpaksa disisihkan akibat kecederaan, ini bukan saja menjejaskan perancangan Mesir untuk memburu gelaran juara AFCON buat kali keenam.

Malah, ini bakal menambah masalah kecederaan yang dihadapi Liverpool ketika ini. Ketika ini, lapan pemain The Reds mengalami kecederaan dengan Wataru Endo pula menjalani tugas antarabangsa bersama Jepun untuk Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram