Advertisements
Mesir & Mo Salah Tersingkir Dari Afcon
Eropah
MakanBola
Egyptnt

DR Congo mencipta kejutan terbaru di pentas Piala Negara-Negara Afrika 2023 (AFCON) apabila berjaya menyingkirkan juara tujuh kali Mesir menerusi penentuan sepakan penalti ke-18 yang dijaringkan oleh penjaga gol DR Congo, Lionel Mpasi awal pagi tadi.

Mesir sekaligus tidak layak mara ke suku akhir berikutan keputusan seri 1-1 selepas masa tambahan.

DR Congo mendahului aksi separuh masa pertama apabila penyerang DR Congo, Meschack Elia mencetak gol melalui tandukan deras daripada hantaran lintang Yoane Wissa sekaligus menewaskan penjaga gol Mesir.

Gol pertama DR Congo hanya bertahan sembilan minit sebelum Mostafa Mohamed menyempurnakan sepakan penalti pada akhir separuh masa pertama selepas terkena tangan pemain DR Congo, Dylan Batubinsika.

Mesir menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan kiri, Mohamed Hamdy dilayangkan kad kuning kedua tujuh minit memasuki masa tambahan atas kesalahan melakukan rembatan yang salah ke atas pemain DR Congo, Simon Banza.

Dengan ketiadaan kapten Mohamed Salah yang cedera sewaktu menentang Ghana tempoh hari, pasukan kendalian Rui Vitoria menamatkan kejohanan tanpa kemenangan dan mengalami nasib yang sama seperti yang mereka alami pada perlawanan akhir 2021, apabila mereka ditewaskan menerusi sepakan penalti oleh Senegal.

DR Congo akan menentang Guinea pada suku akhir yang akan berlangsung di Stadium Alassane Ouattara Abidjan pada hari Jumaat, 2 Februari 2023.