Mo Salah Angkat Kaki Dari Mesir Lebih Awal
Dunia
Egypt National Team
Advertisements

Mohamed Salah terpaksa angkat kaki dari Mesir lebih awal akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu menentang Ghana.

Salah bakal kembali ke Liverpool untuk menerima rawatan lebih lanjut dengan harapan pemain tersebut akan kembali menyertai Mesir sekiranya pasukan tersebut layak ke saingan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menurut Fabrizio Romano.

Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan hamstring dan bakal terlepas aksi penting menentang Cape Verde yang menentukan nasib Mesir di Piala AFCON.

Advertisements

“Mesir memiliki 20 pemain terbaik ketika ini jadi mereka perlu bermain dengan bersungguh-sungguh dan saya percaya Mesir akan menang.”

“Saya memenangi hampir semuanya bersama Liverpool tetapi tidak dengan Mesir. Piala AFCON sukar dijangka kerana bola sepak di sini semakin berkembang.” ujar Salah.

Jurgen Klopp selaku pengurus Liverpool turut memberi ‘lampu hijau’ kepada Salah untuk kembali menyertai Mesir sekiranya pemain itu kembali cergas sepenuhnya.

Advertisements

“Saya bukan seorang doktor tetapi jika dia cergas sebelum Mesir layak ke perlawanan akhir, saya akan benarkan. Itu kejohanan besar.” ujar Klopp menurut Sport Bible.

Sebelum ini Jurgen Klopp sempat bergurau dengan mengatakan beliau berharap Mesir akan tersingkir awal di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) demi mendapatkan kembali khidmat pemain bintang, Mohamed Salah.

Mesir ketika ini berada ditangga kedua kumpulan B Piala AFCON setelah mengutip 2 keputusan seri bertemu Ghana dan Mozambique. Skuad kendalian Rui Vitoria harus memenangi aksi menentang Cape Verde jika ingin layak ke pusingan kalah mati kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram