MFL Bakal Wujudkan Semula ECP
Dunia
MFL
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka bakal memperkenalkan semula Ecnomic Control Programme (ECP) bagi membantu pasukan yang bersaing di Liga Super bermula pada tahun 2024.

Pengenalan kuota 9 pemain import telah nenjadi kerisauan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan daripada segenap aspek termasuklah dari segi kewangan pasukan.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kelab-kelab bakal berbelanja sakan tanpa menghiraukan bajet yang diperuntukkan bagi kelab masing-masing.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, beliau menjelaskan, program ini diperkenalkan semula setelah industri bola sepak ‘tutup’ ketika pandemik sebelum ini.

Oleh yang demikian, beliau yakin tahun 2024 menjadi waktu terbaik untuk mewujudkan semula program yang permah dilaksanakan sebelum ini.

“Dalam percaturan MFL, kita mahu memulakan semula ECP ini dengan satu tahun kewangan pada tahun 2023 bakal menjadi rujukan,” jelasnya dalam satu kenyataan di Nindia Bola.

Advertisements

Model ini juga selaras dengan penyelarasan yang dibuat seperti yang dilaksanakan di liga-liga Eropah dalam memantau perbelanjaan kelab ketika ini.

Hal ini juga bagi memastikan setiap pasukan dapat menjana wang dengan lebih efisien tatkala penambahan perlawanan bakal dilakukan menjelang sepak mula tahun 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram