MFL Challenge Cup Kembali Warnai Arena Bola Sepak Tempatan
Dunia
Malaysia Football League
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kejohanan Challenge Cup bakal kembali mewarnai arena bola sepak tempatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MFL memaklumkan sebanyak enam trofi kejuaraan bakal dipertandingakan untuk tahun 2023.

Pasukan-pasukan di Liga Malaysia berpeluang untuk merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL (Liga Simpanan B-23).

Advertisements

MFL Challenge Cup 2023 ini akan melibatkan sebanyak lapan pasukan dan pasukan-pasukan ini terdiri daripada pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia. Mereka akan terus berentap bermula di peringkat suku akhir MFL Challenge Cup 2023.

Aksi suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik di venue pasukan-pasukan yang layak. MFL memaklumkan bahawa penentuan jadual perlawanan bagi kejohanan ini akan ditetapkan secara seeding atau seperti yang diputuskan oleh MFL.

Untuk makluman, kejohanan ini mula dipertandingkan sejak tahun 2018 namun ia hanya berjaya dilangsungkan selama dua tahun iaitu pada tahun 2018 dan 2019. Kejohanan ini terpaksa dibatalkan pada tahun 2020, 2021 dan 2022 ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara ketika itu.

Advertisements

Pada edisi pertama kejohanan, pasukan Terengganu II dinobatkan sebagai juara kejohanan dan JDT II merampas gelaran tersebut pada 2019.

Kini MFL Challenge Cup kembali dan ia memberi ruang serta peluang untuk pasukan-pasukan di Liga Malaysia memburu gelaran juara Challenge Cup 2023. Kejohanan ini akan bermula pada 18 September 2023 hingga 6 Disember 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram