MFL Jawab Perancangan Wujudkan Semula Liga Perdana
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pihak Malaysian Football League (MFL) memberi jawapan mengenai perancangan untuk kembali mewujudkan Liga Perdana pada musim akan datang.

Ketua Pegawai Eksekuti (CEO) MFL, Giorgio Rossi dalam sesi temu bual telah ditanyakan mengenai perancangan untuk mengembalikan semula Liga Perdana atau liga divisyen kedua Malaysia.

Ad

Menurut Rossi, sudah terlewat untuk mewujudkan kembali Liga Perdana pada musim 2025 memandangkan banyak persiapan perlu dilakukan melibatkan semua pihak.

Ad

”(Liga Perdana) untuk musim hadapan? Terlalu lewat,” jawab Rossi kepada pihak media pada Jumaat.

”Untuk mengembalikan liga divisyen ke-2 seperti sebelum ini, kita memerlukan masa bagi mempersiapkan segalanya, jadi sekarang terlalu lewat.”

Ad

Walau bagaimanapun, Rossi menyambut baik hal tersebut dan akan mempertimbang perkara ini di masa akan datang namun, beliau bertegas tiada Liga Perdana pada musim 2025/2026.

Ad

”Kita akan pertimbangkan, saya tak katakan tidak atau ya cuma saya mengatakan untuk implikasikan perubahan ini (kembalikan Liga Perdana), tidak dalam masa terdekat.”

Ad

”Kita perlu bersedia untuk itu dan akan pertimbang hal ini tetapi jika kamu jangka Liga Perdana akan kembali musim hadapan, sudah tentu tidak,” ujar Rossi yang dilantik awal September lalu.

Liga Perdana yang merupakan liga divisyen kedua setelah Liga Super telah dibubarkan bermula 2023 dan digantikan dengan Piala MFL pada musim itu yang lebih menumpukan kepada bakat muda.

Pasukan terakhir yang menjulang kejuaraan Liga Perdana adalah Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada musim 2022 setelah mengatasi pencabar, Kelantan FC ketika itu.