Ads
MFL
MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini mendapat sentuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Giorgio Rossi.

Advertisements

Pemilik nama sebenar Giogio Pompili Rossi ini merupakan individu yang tidak asing dalam kancah bola sepak Malaysia selepas menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia.

Advertisements

Beliau memulakan kerjayanya seawal tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial Kelab Serie A sebelum meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum beliau menyertai LaLiga pada tahun 2017.

Advertisements

Advertisements

Pompili Rossi mula bertapak di Malaysia sebagai Delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021 apabila beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol.

Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menyatakan bahawa keputusan melantik Pompili Rossi dibuat berdasarkan pengalaman yang ada pada beliau dalam industri bola sepak sejak 2013 sehingga kini.

Advertisements

“Kami di MFL mengalu-alukan kedatangan Pompili Rossi dan menaruh kepercayaan dengan kebolehan serta kepakaran beliau untuk menjalankan tugas selaku CEO yang baharu di sini. Beliau akan memulakan tugas apabila selesai urusan proses mendapatkan visa dalam masa terdekat ini.

“Pengalaman dan pengetahuan Pompili Rossi tentang bola sepak Malaysia dan rantau ini diharapkan dapat membantu dalam menguruskan operasi MFL khususnya daripada aspek pertandingan dan komersial Liga Malaysia,” jelas Dato’ Ab Ghani.

Rossi juga membantu untuk mempromosikan kelab-kelab Sepanyol di kalangan peminat bola sepak di negara ini.

Advertisements

Beliau juga sebelum ini telah membantu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengenal pasti Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaik daripada mereka ketika era Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram