Rasmi: MFL Luluskan Kuota 9 Pemain Import
Dunia
Advertisements

Saingan Liga Super tahun 2023 bajal menyaksikan bahawa terdapat 18 pasukan bakal bersaing dalam pentas liga utama tersebut.

Hal ini telah mendapat persetujuan oleh semua kelab dengan cadangan pembaharuan yang telah diketengahkan oleh MFL dan juga FAM selain mengambil kira pelbagai faktor.

Malah, hal ini juga telah menyebabkan berlakunya perubahan dari struktur penggunaan pemain import dalam setiap pasukan.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam dalam sidang media hari ini, beliau menjelaskan bahawa setiap pasukan dibenarkan untuk mempunyai 9 pemain import dalam pasukan.

Walau bagaimanapun, hanya 5 orang pemain import sahaja dibenarkan untuk beraksi dalam satu satu masa dengan peraturan (3+1+1) diguna pakai.

Bukan itu sahaja, seorang lagi pemain import dibenarkan untuk berada di bangku simpanan sekaligus menyaksikan seramai 6 pemain import boleh didaftarkan dalam satu perlawanan.

Advertisements

Ini juga secara tidak langsung bakal memastikan bahawa slot pemain tempatan dalam setiap pasukan terjamin bagi mengelakkan isu pemain tidak mendapat peluang yang secukupnya.

Perubahan dari struktur pendaftaran ini juga dibuat selaras dengan peraturan baharu yang diperkenalkan berdasarkan kriteria Piala AFC bagi tahun 2023.

Ini juga bakal memberi ruang buat setiap pasukan untuk mempunyai lebih banyak pilihan bagi memantapkan lagi skuad untuk bersaing dalam perlawanan yang lebih banyak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram