Advertisements
Minta Gaji RM2 Juta? Ini Respon Aaron Chia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia menafikan ada pemain negara meminta gaji sebanyak RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini, satu laporan media menyatakan pemain-pemain negara mahu mendapatkan gaji tahunan sebanyak RM2 juta.

Sekiranya permohonan ini menjadi kenyataan, jumlah gaji berkenaan bakal mengatasi gaji tertinggi yang diterima ahli sukan lain di Malaysia termasuk pemain bola sepak.

Contoh paling mudah, pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi menerima gaji sebanyak RM25,000 bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Malah, semasa era legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, beliau menerima elaun bulanan sebanyak RM15,000 bersesuaian dengan statusnya pada ketika itu sebagai pemain nombor satu dunia.

Apabila diminta mengulas laporan tersebut, Aaron menyifatkan laporan tersebut sebagai khabar angin semata-mata.

“Saya rasa khabar angin ini sekadar khabar angin sahaja. Jadi, kita pun (tak tahu). Saya tak tahu siapa yang cakap itu.

“Lepas itu, bukan kitalah (beliau dan Soh Wooi Yik). Perjanjian kita (dengan BAM) pun baru meterai. Jadi, jelas sekali bukan kita. Tapi kita pun tak tahu siapa,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Aaron kini sibuk melakukan persiapan dengan pasangan regu, Soh Wooi Yik untuk beberapa aksi jelajah BWF yang akan berlangsung pada November ini.