Piala Dunia
Mosalah & TPK
Advertisements

Bintang pasukan Liverpool FC, Mo Salah menjadi mangsa serangan ketika membantu Mesir dalam satu aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika berdepan Sierra Leone semalam yang menyaksikan Mesir mencatatkan kemenangan 2-0.

Aksi berlangsung baik sepanjang 85 minit pertama sebelum keadaan secara tiba-tiba menjadi tidak terkawal.

Advertisements

Detik cemas ini berlaku apabila beberapa orang penyokong dilihat masuk ke kawasan padang secara tiba-tiba dan berlari menuju ke arah kapten Mesir itu.

Seorang lelaki berbaju Liverpool berlari ke arah pemain tersebut sambil menarik kakinya secara kasar.

Advertisements

Keadaan itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh pengawal keselamatan yang menangkap penyokong tersebut untuk meleraikan keadaan.

Perlawanan itu menyaksikan bekas bintang Aston Villa, Trezeguet menjaringkan dua gol sementara Salah mencipta satu bantuan gol untuk memastikan Mesir merakamkan dua kemenangan berturut-turut untuk mencerahkan peluang ke Piala Dunia 2026.

Pautan penuh: Mo Salah Diserang

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram