EPL
Instagram: mosalah
Advertisements

Bekas penyerang Blackburn Rovers, Chris Sutton baru-baru ini memberikan satu kenyataan bahawa, pada masa ini penyerang Liverpool, Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia.

Salah yang menampilkan aksi berkelas dunia untuk Liverpool untuk beberapa musim, sudah menjaringkan 9 gol dalam 9 penampilannya musim ini.

“Pada saat ini, dia lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo,” kata Sutton.  

Advertisements
Salah Stats 1 Chris Sutton: Mohamed Salah Lebih Baik Berbanding Messi Dan Ronaldo
Statistik Mohamed Salah sepanjang bermain di Liga Perdana Inggeris (Sumber: Premier League)

Selepas menjaringkan gol ke-100 Liga Perdana Inggeris bulan lepas, Salah sekali lagi menonjolkan aksi cemerlang selepas memimpin pasukannya menentang pasukan gergasi, Manchester City.

Penyerang Mesir itu menjaringkan satu gol dan menghasilkan satu bantuan gol dalam perlawanan itu. Gol Salah terhasil daripada larian solonya yang berjaya memperdaya beberapa pertahanan sebelum merembat mudah menewaskan penjaga gol.

“Tahap konsistensi Salah menjadikan beliau pemain terbaik dunia ketika ini,” tambah Sutton kepada BBC.

Advertisements

Bekas pemain Chelsea ini mempunyai purata 21 gol dalam satu musim dalam 3 kempen Liga Perdana Inggeris terakhir dan beliau berjaya menjaringkan 32 gol pada musim 2017-2018.

Liga Perdana Inggeris musim lepas menyaksikan Mohamed Salah berjaya menyumbat 22 gol dan menghasilkan 5 bantuan gol. Lebih menarik lagi, tiada kad dilayangkan untuk beliau sepanjang musim lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram