Mora Bangga Kelab Kecil Seperti JDT Mampu Singkir Gergasi Asia Seperti Ulsan
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora akui amat bangga dengan anak buahnya selepas JDT melakar sejarah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat kali pertama dalam sejarah.

Mora berkata, walaupun JDT merupakan kelab kerdil di benua Asia, para pemainnya menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sangat luar biasa sehingga berjaya menewaskan juara ACL musim 2020, Ulsan Hyundai.

“Kami tidak pernah berhenti percaya…pasukan Korea tentunya gergasi Asia…separuh akhir pada 2021 dan juara 2020.

Advertisements

“… dan kini kami keluarkan mereka dari kejohanan, JDT cuma sebuah kelab kecil dari Johor… jadi saya amat berbangga,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di sini malam Sabtu.

Mora berkata walaupun gol kemenangan pasukan JDT adalah hasil kesilapan pemain lawan, namun kredit perlu diberikan kepada para pemainnya yang mengasak kubu lawan dengan sangat agresif dalam usaha mereka mencari gol.

“Pertamanya kesemua gol dalam bola sepak terjadi akibat kesilapan, sama ada ‘pitch’ yang tinggi atau rendah, bahagian kiri atau kanan… akhirnya jika ia masuk ke dalam gol… ia disebabkan kesilapan.

Advertisements

“Kesilapan itu digerakkan oleh kepercayaan dan keagresifan kita untuk bergerak ke hadapan dan percubaan untuk mencari gol. Bagaimana cara ia dijaringkan, kiraan gol itu tetap sama,” katanya seperti dipetik Sukan Sinar.

JDT dijadualkan akan meneruskan aksi Liga Super dengan menentang pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) pada 6 Mei depan. Ketika ini, JDT mengungguli carta Liga Super dengan 12 mata penuh selepas 4 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram