Advertisements
Muhammad Miftah Kongsi Sebab Setuju Latih Prospek Hebat Di Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Skuad badminton wanita Malaysia mendapat suntikan motivasi baru menerusi perlantikan bekas penolong jurulatih beregu India dari Indonesia, Muhammad Miftah.

Perlantikan beliau diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka beberapa jam lalu.

Miftah datang dengan pengalaman luas selama 10 tahun bersama skuad badminton India. Dalam tempoh tersebut, beliau membantu mereka bergelar juara Piala Thomas 2022.

Selain itu, beliau juga banyak menimba pengalaman dengan ketua jurulatih beregu India sebelumnya seperti Tan Kim Her, Flandy Limpele dan Mathias Boe.

Apabila ditanya sebab beliau menerima tawaran BAM, Miftah menyatakan sentuhan magisnya dilihat mampu memantapkan kembali barisan beregu wanita negara.

Ini kerana Miftah merupakan figura yang bertanggungjawab membentuk beregu lelaki nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Coach Rexy (Mainaky) memilih saya kerana pengalaman saya selama 10 tahun bersama skuad (badminton) kebangsaan India.

“Saya sebelumnya mengendalikan beregu lelaki Satwiksairaj (Rankireddy) dan Chirag Shetty. Itu sebab Coach Rexy mahu saya bergabung dengan BAM,” katanya hari ini.

Miftah bakal membantu jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How sebagai penolong jurulatih.