Muka Macam Son, Pakar Analisis Dari Korea Tarik Perhatian Netizen

Jurulatih B 23 Muka Macam Son, Pakar Analisis Dari Korea Tarik Perhatian Netizen
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan barisan kejurulatihan yang baharu bagi skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Skuad Harimau Muda bakal dipimpin E. Elavarasan sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu. Jurulatih berusia 60 tahun itu akan dibantu oleh Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih, Kris Yong sebagai jurulatih penjaga gol, Jihyeon Park sebagai jurulatih kecergasan dan Lee Jeyoon sebagai jurulatih analisis prestasi.

Apa yang menariknya, ketika sesi pengumuman di Wisma FAM sebentar tadi, ada dalam kalangan netizen yang menyamakan jurulatih analisis prestasi baharu itu dengan bintang sensasi dari Korea,  Son Heung-min.

Seorang pengguna Facebook meninggalkan komen,

“Pakai spek tu macam Son, Totenham Hotspurs.”

Lelaki yang dikatakan itu merupakan Lee Jeyoon. Beliau bakal membantu E. Elavarasan dalam memastikan prestasi pasukan bawah 23 tahun berada dalam keadaan terbaik.

Jurulatih analisis prestasi itu merupakan seorang jurulatih muda berbakat yang baru berusia 28 tahun. Berasal dari Korea Selatan, Lee Jevoon memiliki Lesen B AFC dan Analisis Prestasi Tahap 1 KFA.

Lee Jeyoon memulakan karier kejurulatihan pada tahun 2016. Ketika itu beliau menjadi barisan kejurulatihan pasukan bawah 15 tahun kelab Seoul-si Gusan Middle School B-15. Pada tahun 2020, beliau telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih bawah 15 tahun Kelab Incheon-si Michuhol-gu FC. Sebelum itu, beliau membimbing oasukan Gimpo-si Tongjin High School sebagai jurulatih.