Dunia

Kelantan Didakwa Terima RM400, UKM RM25 Menerusi Siaran MyCujoo

f57efa6449542be681378dfa00c4582c41756821e8af33dc57e3a71c2925ad5a Kelantan Didakwa Terima RM400, UKM RM25 Menerusi Siaran MyCujoo
Advertisements

Menurut salah satu akaun Twitter, Pulotutui, pasukan TRW Kelantan didakwa hanya menerima pembayaran sebanyak RM400 untuk perlawanan melibatkan pasukan tersebut yang bersiaran di MyCujoo.

MyCujoo merupakan satu portal siaran langsung acara-acara sukan bola sepak terkenal dari Switzerland.

Sebelum ini pemilik pasukan TRW Kelantan, Tuan Norizam Tukiman pernah mempersoalkan tentang hasil pembayaran keuntungan dari siaran langsung melibatkan pasukan Kelantan yang disiarkan di MyCujoo.

Sementara itu menerusi akaun Twitter Piang Shankly yang di retweet oleh Pulotutui juga mendakwa pasukan UKM FC menerima pembayaran sebanyak RM25 untuk keseluruhan musim.

Menurut Piang Shankly, nilai kiraan pengkongsian pendapatan adalah setelah ditolak RM6 cas yang dikenakan oleh Mycujoo. Buat masa ini kami juga belum menerima pengesahan berkenaan mekanisma kiraan tepat tentang perkongsian keuntungan ini.

Buat masa ini kami masih belum menerima pengesahan tentang nilai perkongsian keuntungan ini namun jika ianya benar, nilai ini adalah sesuatu yang amat menghairankan.